dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Mini Asas Komuniti MADANI Parlimen Bagan Serai Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kerian

25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Program Komuniti MADANI Parlimen Bagan Serai yang melibatkan Komuniti MADANI Gunung Semanggol, Alor Pongsu dan Selinsing.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan dan ilmu kepada ahli-ahli komuniti tentang pengucapan awam, yang disampaikan oleh Penolong Pengarah JAPEN Perak, En. Ashman bin Haji Ahmad. Banyak ilmu dan tips berguna dikongsikan, khususnya untuk bantu ahli lebih yakin dan bersedia menyampaikan maklumat di hadapan khalayak.

Selain itu, pihak Nadi turut berkongsi cara menghasilkan video menggunakan aplikasi TikTok — satu kemahiran yang sangat relevan pada masa kini. Tujuannya adalah untuk bantu komuniti berkongsi maklumat dan info semasa yang sahih dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami, khususnya melalui media sosial.

Komuniti MADANI ini sebenarnya berperanan sebagai orang tengah dalam menyampaikan info daripada kerajaan kepada masyarakat setempat. Jadi, penting untuk setiap ahli dilengkapi dengan kemahiran komunikasi dan penghasilan kandungan digital agar maklumat dapat sampai dengan lebih berkesan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan tahniah kepada semua peserta! Semoga segala ilmu yang dikongsikan hari ini dapat dimanfaatkan bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.